Pejuang sasar 36 kerusi, mahu jadi kuasa penentu
  • 4 years ago
Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad menyasarkan akan memenangi 36 daripada 222 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang.

Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun jumlah sasaran kerusi itu kecil, namun ia akan menjadi kuasa penentu gabungan mana yang akan menubuhkan kerajaan.

Mengulas lanjut, anggota parlimen Langkawi itu berkata, jika ada parti yang mahukan sokongan Pejuang, mereka perlu akur kepada syarat ditetapkan.
Recommended