Luar pagar mahkamah kecoh, polis beri amaran jaga SOP
  • 4 years ago
Polis mengeluarkan amaran kepada penyokong Najib Razak serta petugas media agar mereka mematuhi semua prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Ia dibuat selepas sekumpulan penyokong Najib mula berkerumun di depan pintu masuk kompleks mahkamah dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dibuat oleh mahkamah hari ini.