PKPD di Simpang Renggam dilanjutkan ke 14 April

  • 4 years ago
Larangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua bandar di Simpang Renggam, Johor dilanjutkan sehingga 14 April.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil sebagai langkah untuk menyelesaikan "beberapa perkara" yang masih perlu ditangani pihak yang berkenaan.

PKPD di Simpang Renggam sepatutnya tamat pada esok.

Sementara itu ditanya mengenai kemungkinan PKPD akan dikuatkuasakan di Rembau, Ismail Sabri berkata, keputusan mengenainya akan ditentukan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan.

Begitu juga, kata ahli parlimen Bera itu, mengenai kemungkinan PKP dilanjutkan selepas 14 April ini.

Recommended