PKPD di Sungai Lui tamat, kecuali sekolah tahfiz dan sebuah rumah lanjut 28 April

  • 4 years ago
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Hulu Langat berakhir hari ini kecuali sebuah sekolah tahfiz dan sebuah rumah di kawasan itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Menteri pertahanan berkata, kerajaan membuat keputusan berkenaan berdasarkan nasihat menteri kesihatan.

"Di Sungai Lui di Hulu Langat, hari ini tarikh akhir PKPD dilaksanakan.

"Atas nasihat Menteri Kesihatan, PKPD di Hulu Langat ditamatkan, kecuali Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23 Kampung Paya Lebar dilanjut ke 28 April 2020," kata Ismail Sabri pada sidang media yang disiarkan dalam talian petang ini.

Ismail berkata PKPD kekal dilaksanakan di sekolah tahfiz dan rumah berkenaan kerana masih terdapat kes jangkitan Covid-19.