"Orang ditimpa penyakit itu sabar dan meninggal dunia, dapat syahid"

  • 4 years ago
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata orang beriman yang menghadapi ujian Covid-19 merupakan satu rahmat dan mendapat kelebihan syahid.

“Barang siapa yang berada dalam bencana dia sabar. Ingat qada dan qadar Allah dan ikhtiar, sabar ujian itu, maka dia dapat kelebihan syahid.

“Ini bermakna dalam kita ikhtiar hadapi wabak ini, kita dapat kelebihan dalam ujian. Ini untuk orang Islam yang beriman yang percaya janji Allah.

“Sama ada ditimpa penyakit itu sabar dan meninggal dunia, syahid. Atau mereka bertugas untuk selamatkan manusia dia sabar, dia mati, syahid.

“Kalau tak mati, selamat, dia syukur dapat pahala, syahid,” katanya menerusi ceramah menghadapi pandemik itu yang disiarkan di Facebook.

Pada 31 Mac lalu, Hadi berkata orang Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19 dianggap syahid akhirat.