Mahadzir Lokman meninggal dunia
  • 6 years ago
Personaliti TV Datuk Datuk Mahadzir Lokman menghembus nafas terakhir di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai pembaca berita serta memiliki penguasaan bahasa Perancis berusia 61 tahun.

Menurut laporan mStar keluarga allahyarham sedang menguruskan jenazah beliau untuk dibawa ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini Mahadzir pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi Pusat Perubatan Universiti Malaya selama lima hari kerana mengalami masalah kompliasi buah pinggang, paru-paru, tekanan darah tinggi serta diabetes.

Adik arwah, Ida Lokman, mengesahkan berita itu kepada Utusan Online.

Mahadzir sebelum ini pernah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya pada 24 September tahun lalu.
Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.

Beliau juga dikenang sebagai hos rancangan hiburan dan bual bicara seperti Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini dan Melodi terbitan TV3.

Mahadzir sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Beliau turut pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.