Tentera takkan bawa senjata, kata ketua polis PJ
  • 4 years ago
22 Mac 2020: Anggota tentera yang membantu polis dalam melaksanakan perintah kawalan pergerakan tidak akan membawa senjata mereka, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika bercakap kepada pemberita berkata ia merupakan arahan terbaru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada anggotanya yang bertugas di lapangan.

"Kita dimaklumkan bahawa ada arahan terbaru, diorang tak perlu bawa senjata api.

"Senjata api akan disimpan dalam simpanan polis di mana tentera dikerahkan," kata beliau.
Recommended