Malaysia bawa pulang tentera yang berada di Arab Saudi

  • 6 years ago
Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai falsafah dan strategi baharu Kementerian Pertahanan yang bakal diperkenalkan, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata ia masih lagi berlandaskan kepada Dasar Pertahanan Negara.

Katanya, Kementerian Pertahanan di bawah kerajaan baharu, sedang melaksanakan kajian semula Dasar Pertahanan Negara agar falsafah, prinsip dan strategi pertahanan adalah seiring dengan cabaran dan kemajuan semasa dan pada masa sama akan meneruskan dasar lama yang membawa faedah kepada keselamatan negara.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata Malaysia akan membawa pulang tentera yang masih berada di Arab Saudi.