Mesyuarat khas bincang nasib gelandangan Kuala Lumpur
  • 4 years ago
Satu mesyuarat khusus akan diadakan bagi membincangkan soal kebajikan gelandangan di Kuala Lumpur sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang masuk hari ketiga hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, berkata, hal itu bagi memastikan golongan berkenaan tidak terdedah dengan penularan wabak Covid-19 lebih-lebih lagi pematuhan terhadap perintah berkenaan masih di tahap kurang memuaskan.