Ambiga, Marina disiasat kerana protes 'Selamatkan Malaysia'
  • 4 years ago
Pihak polis sedang menyiasat aktivis Ambiga Sreeevasan dan Marina Mahathir berkenaan pembabitan mereka dalam perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Negara mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media hari ini.

Lebih kurang 100 orang telah menyertai perhimpunan tersebut yang membantah ambil alih kuasa oleh Perikatan Nasional walaupun polis telah memberi amaran supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Kumpulan itu menyeru kepada pembubaran parlimen dan membantah perbuatan 'lompat parti'.

Polis juga sedang menyiasat peguam dan aktivis Fadiah Nadwa Fikri dalam perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka hujung minggu lepas.