Dr Dzul, Salahuddin Ayub buat kenyataan selamat tinggal

  • 4 years ago
Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini telah mengeluarkan kenyataan terakhirnya sebagai Menteri Kesihatan.
Dalam ciapannya di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih selepas mengumumkan perkembangan terbaru mengenai kes Covid-19 di Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Presiden Amanah, Salehuddin Ayub turut mengeluarkan kenyataan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam satu kenyataan, beliau membuat ucapan penghargaan dan maaf kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Katanya beliau telah mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan bagi memperjuangkan nasib mereka.