Program Malaysia@Work mampu beri 300,000 peluang pekerjaan

  • 4 years ago
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihaknya kini menyasarkan kira-kira 300,000 peluang pekerjaan untuk anak muda iaitu Malaysia@Work dan ia sudah dibentangkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kabinet dan telah pun dipersetujui semua jemaah menteri.

“Manakala terlebih dahulu, dana sebesar RM6.5 bilion sudah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan selepas Perdana Menteri memberi lampu hijau meneruskan program itu.

“Malaysia kerja, graduan kerja, wanita muda lepas bersalin, industri TVET juga akan dibincangkan tentang dana sebaik mungkin dapat dijadikan jalan penyelesaian isu pengangguran anak muda,” tegasnya lagi.