Beri peluang Latheefa Koya siasat pindahan dana Menteri Kabinet - Lokman Adam

  • 5 years ago
hli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Adam hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dokumen pemindahan dana berjumlah AS$741,440 yang dipercayai ke akaun penama seorang Menteri Kabinet.

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau memperoleh dokumen itu daripada seorang individu pada malam tadi berhubung pemindahan dana oleh satu syarikat ke dalam akaun di luar negara yang bertarikh 19 Disember 2017.

Katanya, tidak ada sebab munasabah untuk syarikat berkenaan bagi memindahkan wang sebanyak itu ke akaun individu tersebut yang sebelum ini merupakan seorang pemimpin di kerajaan negeri.

"Laporan ini saya buat untuk memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya agar tiada memihak mana-mana pihak dan bersikap neutral untuk menyiasat sesiapa jua walaupun daripada kelompok politik sama.

"Kita berharap satu keajaiban agar Latheefa untuk menyiasat dan jika benar pemindahan itu berlaku, kita berharap SPRM akan hantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan terpulang kepada Peguam Negara untuk ambil tindakan seterusnya," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.