Menteri: 13 menteri Kabinet positif Covid-19 berita palsu

  • 4 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan berita palsu yang mendakwa terdapat 13 orang menteri kabinet yang disahkan positif Covid-19.

Menurutnya, kesemua menteri-menteri yang hadir pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) 3 Oktober lepas telah pun menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ini selepas mereka menjadi kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad yang telah disahkan positif virus itu.