Azmin setuju pelantikan Latheefa Koya berdasarkan merit bukan ideologi politik
  • 5 years ago
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yakin bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru adalah berdasarkan merit dan bukannya ideologi politik.

"Saya agak pasti pelantikan itu berdasarkan merit.

Latheefa sudah berada dalam perundangan selama berdekad jadi saya pasti pelantikan itu dibuat berdasarkan merit dan semestinya bukan berdasarkan ideologi politik.

"Dia sudah lama tidak aktif dengan parti kerana dia sangat sibuk, terlalu sibuk dengan hal perundangan di mahkamah, jadi saya fikir kita perlu beri dia peluang untuk berkhidmat dengan badan itu (SPRM)," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka perdana menteri sempena sambutan Aidilfitri di Seri Perdana hari ini.

Azmin, yang memaklumkan bahawa dia tidak menghadiri mesyuarat kabinet baru-baru ini kerana baru pulang dari mengerjakan umrah, menambah bahawa dia mendapat tahu mengenai pelantikan Latheefa melalui media.