"Projek telah diluluskan sebelum saya jadi Menteri"- Teresa Kok
  • 4 years ago
Ahli Parlimen Seputeh yang juga Menteri Industri Tempatan, Teresa Kok menyatakan projek kondominium di Taman Desa yang runtuh Jumaat lepas telah diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jun 2017.

Katanya lagi, beliau tidak kuasa dalam meluluskan projek itu malah turut menyokong usaha wakil penduduk sekitar Taman Desa bagi membantah pembangunan berleluasa di kawasan itu.

Menurutnya, dakwaan bahawa beliau tidak memedulikan suara penduduk di kawasan itu adalah tidak benar kerana sudah membantah sejak 2017 lagi.