Projek Lapangan Terbang Tioman belum diluluskan - Wee

  • 2 years ago
Tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi diperlukan sebelum kerajaan membuat keputusan sama ada membenarkan pembinaan Lapangan Terbang Tioman atau sebaliknya, kata Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

Wee berkata selain perlu mendapat kelulusan daripada pelbagai agensi kerajaan, kerajaan juga perlu mempertimbangkan sama ada projek itu berdaya saing atau tidak di bawah Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (NASP).