Polis akan panggil Najib, Rosmah dan Dzulkifli
  • 4 years ago
Polis akan merakamkan kenyataan dari bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad. Ini berhubung pendedahan sembilan set audio perbualan oleh SPRM, bulan lalu.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, polis berkata, percakapan lisan 12 individu telah dirakamkan setakat ini.

Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengadakan sidang media untuk mendedahkan audio perbualan dikatakan yang dikatakan berlaku antara Januari hingga Julai 2016.

Najib didapati dalam satu klip meminta putera Emiriyah Arab Bersatu untuk membantu melindungi anak tirinya Riza Aziz daripada siasatan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) terhadap 1MDB.

Dalam klip lain, Dzulkifli Ahmad membincangkan siasatan 1MDB dengan Najib, isterinya Rosmah Mansor dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim.

Rakaman itu dikatakan dibuat ketika Dzulkifli masih menjadi timbalan pendakwa raya.

Pendedahan klip ketiga adalah perbualan antara Najib dan isterinya, yang antaranya Rosmah meninggikan suara ketika memberi nasihat kepada suaminya mengenai isu 1MDB.