10 lagi rakyat Malaysia di China dibawa pulang - TPM
  • 4 years ago
10 lagi rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dari Hong Kong hari ini, sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia membawa pulang rakyatnya berikutan penularan wabak novel koronavirus (2019-ncoV) yang sedang berlaku di China.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, seramai 212 staff tidak berkepentingan tinggi (non-essential staff) dari Pejabat Kedutaan dan Konsulat Malaysia di China akan dibawa pulang secara berperingkat menaiki penerbangan komersil.

Selain itu Wan Azizah berkata, negara-negara Asean juga sedang bekerjasama dalam perkongsian maklumat mengenai novel koronavirus dan maklumat itu turut dikongsikan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).