Insya-Allah kita masuk pintu depan - Hadi
  • 4 years ago
PAS menegaskan betapa parti itu tidak akan gopoh dalam menentukan percaturan politik, malah akan berusaha menjadi kerajaan melalui 'pintu depan'.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan melihat perkembangan peringkat demi peringkat dan mengendahkan sebarang andaian.

"Saya rasa proses demokrasi ini macam-macam (cara) nak masuk parlimen pun ada banyak pintu, boleh pilih nak masuk pintu mana. Tapi mestilah ikut proses undang-undang yang betul.

“Insya-Allah kita masuk pintu depan. Cuma kita tahu ada orang nak jadi perdana menteri pintu belakang," katanya pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk Pemetaan Dunia Baru sempena 30 tahun petadbiran membangun bersama Islam di Kota Bharu, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Adam, menyatakan rasa "malu" apabila mendakwa Umno kini dipimpin oleh seorang presiden yang dianggapnya lemah serta tiada jati diri.