"Adakah saya ada pilihan?" - Rosmah
  • 4 years ago
Rosmah Mansor hadir ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan pada hari pertama berhubung kes projek solar walaupun kesihatannya tidak mengizinkan.

Isteri kepada bekas perdana menteri Najib Razak itu sepatutnya menghadapi perbicaraan pada 3 Februari namun dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit belakang dan tengkuk.

Ditanya oleh pihak media mengenai kesihatannya, Rosmah menjawab: "Adakah saya ada pilihan?"

Isteri bekas perdana menteri itu dilihat berjalan dengan perlahan dengan seorang pembantu memimpinnya.
Recommended