MA63: 50 tahun sudah, terima kasih pada Tun M prihatin
  • 4 years ago
Kerajaan dijangka sekali lagi akan membawa usul bagi meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan ke parlimen bulan Mac nanti selepas gagal berbuat demikian pada April tahun lalu.

Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal, berkata pindaan perlembagaan itu perlu untuk mengembalikan hak negeri itu.

"Insya-Allah bulan Mac ni kita akan cuba bawa (pindaan perlembagaan).

"...Dan kita lihat mereka (pembangkang) nak menyokong atau tidak dan PRU15 orang Sabah bukan bodoh," katanya ketika ditemui selepas berkempen di Bongawan, Kimanis, malam tadi.

Pada 9 April tahun lalu, cadangan Putrajaya untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sawarak gagal diluluskan di peringkat dasar.

Usul itu hanya boleh diluluskan apabila mendapat sokongan dua per tiga daripada anggota Dewan Rakyat.

Mengikut keadaan semasa PH memerlukan sokongan 148 anggota parlimen bagi meluluskan pindaan tersebut.

Bagaimanapun ketika undian dijalankan hanya 138 anggota parlimen menyokong manakala 59 lagi berkecuali.