Kalau boleh MP duduk bertepuk tampar di parlimen - IGP
  • 4 years ago
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador merayu kepada ahli politik agar tidak menggunakan isu-isu berunsur perkauman dan keagamaan yang boleh menjejaskan keamanan.

Katanya, ahli politik sepatutnya menggunakan kebijaksanaan mereka serta cuba menyelesaikan setiap masalah dengan cara yang baik.

"Saya merayu, khususnya kepada ahli-ahli dan pemimpin politik, agar mereka lebih memahami dinamik negara ini dengan pelbagai kaum dan agama.

"Jangan lakukan aktiviti-aktiviti dengan niat menyakitkan hati dan seolah-olah mencabar pihak lain. 'Suhu' akan meningkat." katanya.
Recommended