Ada 1,001 kisah sejarah kenapa petik kisah Si Kitul, soal Azmin
  • 4 years ago
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sekali lagi membangkitkan tindakan presiden parti Anwar Ibrahim membangkitkan kisah Si Kitul dan Raja Mandeliar dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional PKR ke-20 semalam.

"Kalau nak baca sejarah kita ada 1,001 sejarah lain, mengapa nak baca sejarah yang boleh memecahkan perpaduan dalam parti?

"Kalau saya boleh tunjuk contoh teladan yang baik, kalau kartel boleh tunjuk contoh teladan yang baik...," katanya disambut sorakan hadirin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Rennaisance Kuala Lumpur, malam ini.

"Saya bukan marah, saya geram," katanya lagi.

Program itu yang menghimpunkan pemimpin dan anggota parti yang menyokongnya, diadakan beberapa jam selepas sebahagian mereka tidak menghadiri hari terakhir kongres yang ditutup oleh Anwar.