'Azmin percaya perwakilan PKR matang, berfakta dan tidak beremosi'

  • 4 years ago
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam dalam sidang media memberi pengesahan perwakilan bebas untuk memberi pandangan dan saranan kerana parti ini memberi ruang demokratik.

Dia juga yakin perwakilan yang hadir adalah perwakilan yang matang dan berfakta serta tidak beremosi.

PKR ialah parti utama dalam kerajaan, seluruh dunia sedang memerhati tindakan dan langkah parti ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nasional semalam.