Azmin, Zuraidah masih tidak hadir mesyuarat parti PKR
  • 5 years ago
Biro Politik PKR semalam telah membincangkan mengenai Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang sekali lagi tidak hadir mesyuarat parti.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memaklumkan hal itu “tidak menjadi fokus" utama perbincangan dalam mesyuarat biro politik.

“Setakat ini, peringatan (diberikan) kepada kepimpinan bahawa mesyuarat parti adalah ruang terbaik untuk hadir dan melakukan perbincangan dan ruang tersebut masih ada.

“Takwim atau jadual mesyuarat sudah diagih dan dihantar kepada semua pimpinan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.