Dakwaan itu tidak benar! - Gobind jawab spekulasi berkenaan Opcom
  • 4 years ago
Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini menegaskan bahawa Opcom Holdings Berhad bukan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak boleh melantik syarikat itu bagi mana-mana inisiatif yang akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Pemberian Khidmat Sejagat.

“Jadi dakwaan bahawa Opcom Holdings Berhad adalah kontraktor berjaya dalam bidaan projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) melalui MCMC adalah dakwaan tidak benar dan tidak berasas.

“Soal berkenaan berapakah jumlah nilai kontrak yang diperoleh mereka melalui MCMC adalah tidak timbul sama sekali,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu sama ada proses pemilihan kontraktor NFCP dibuat secara tender terbuka dan apakah kriteria pemilihan kontraktor sehingga Opcom Holdings Berhad berjaya dalam bidaan serta berapa jumlah nilai