"Zuraida dipecat, itu spekulasi biasa" - Saifuddin
  • 4 years ago
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail hari ini menyifatkan khabar angin mengenai pemecatan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang berlegar di aplikasi Whatsapp sebagai spekulasi.

Menurutnya lagi, itu merupakan bidang kuasa Lembaga Disiplin PKR dan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu.

Ketika ditanya kebarangkalian berlaku sebarang krisis seperti Langkah Kajang sekiranya pemecatan itu berlaku, Saifuddin enggan membuat sebarang ulasan.