Terajang, maaf! Masuk penjara, maaf! Tapi......cukup

  • 4 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi amaran kepada pengkritiknya dalam parti itu agar jangan menguji kesabarannya sehingga perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memecahbelahkan parti itu.

Pada konvensyen PKR Perak yang diadakan semalam, Anwar berkata beliau bersabar selama ini kerana berasakan ahli-ahli parti mempunyai hak untuk memberi pandangan mereka.

"Bezanya kita parti keadilan demokrasi, ia bukan parti orang nak cakap sikit pancung, saya tak mahu.

"Jadi orang kata Anwar ni lemah, (Ketua Penerangan PKR) Shamsul Iskandar kata sabar Anwar ni tahap dewa. Sabar, jangan uji saya.
Iklan

"Saya sabar sebab saya ingat orang ada hak untuk beri pandangan, tetapi kesabaran itu sampai beri pandangan bahawa parti ni pecah, parti ni lemah, saya tak boleh.

"Sebab selagi saya presiden tanggungjawab saya bina kekuatan parti dan hormat suara akar umbi," kata beliau.

Anwar bagaimanapun tidak mengulas lanjut apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang memecahbelah dan melemahkan PKR.

Anggota Parlimen Port Dickson itu juga memaklumkan kepada akar umbi bahawa beliau berbual panjang dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.