Isu Kg Baru : 'Saya tiada agenda tersembunyi'
  • 4 years ago
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, selepas 30 November ini, pihaknya akan mengumpul semua data berkaitan dan menguruskannya secara mikro berhubung perkara itu.

“Perancangan saya ialah sehingga Jun 2020, jadi apa yang berlaku selepas 30 November ini ialah kita akan mengumpulkan semua data dan mengenal pasti lot mana sudah selesai dan mana yang belum.

“Insya-Allah saya rasa apa yang perlu dilakukan ialah terus menguar-uarkan dan memaklumkan. Kita berdepan banyak publisiti negatif dan kekeliruan yang sengaja atau tidak sengaja diwujudkan.

“Kita perlu bantu pemilik tanah mendapatkan situasi sebenar. Saya rasa jika semua orang memahami matlamat dan tawarannya adalah baik serta banyak masalah dapat diselesaikan, maka tak ada sebab orang tidak setuju,” katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, beliau tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi, malah ia dibuat secara telus.
Recommended