'Saya kecewa' - Khalid ikrar bantu pemilik tanah Kg Baru cabar di mahkamah

  • 2 years ago
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berasa kecewa dengan kementerian itu kerana hanya menawarkan RM500 - RM550 satu kaki persegi untuk membeli tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru.

Kata Khalid, nilai itu jauh lebih rendah daripada apa yang ditawarkan sewaktu beliau menjadi menteri itu iaitu diantara RM650 - RM850 satu kaki persegi.

Beliau juga berkata akan berusaha membantu para pemilik tanah tersebut yang tidak berpuas hati dengan tawaran harga itu untuk mencabar kes ini ke mahkamah.

Sumber video: https://www.facebook.com/amanahnegara/videos/1297221657771563