Putrajaya tolak cadangan AS mahu anjur Sidang APEC
  • 4 years ago
Malaysia menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengadakan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di negara itu, Januari depan.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, dimaklumkan mengenai hasrat AS itu ketika beliau menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 di Bangkok, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti sama ada cadangan AS itu sama dengan jemputan Presiden Donald Trump yang dilaporkan mengundang pemimpin ASEAN menghadiri satu sidang kemuncak khas di negara itu pada suku pertama tahun depan.

“Saya tidak pasti yang mana. Saya tahu Trump menerusi utusan khasnya di Sidang Kemuncak ASEAN, menghantar surat kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Saya diberitahu, surat itu adalah jemputan untuk Malaysia menghadiri ‘sesuatu’ di AS, namun saya tidak terbabit dengan surat itu.