Tajuddin tolak cadangan minta maaf, tarik balik - Peguam

  • 5 years ago
Perbicaraan melibatkan saman Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad diteruskan hari ini.

Kes saman itu turut melibatkan dua yang lain iaitu KiniTV Sdn Bhd dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang masing-masing diwakili K Shanmuga dan Rueben Mathiavaranam.

Peguam Khalid, Sankara Nair yang ditemui selepas perbicaraan ditangguhkan berkata anak guamnya ada menawarkan cadangan kepada Tajuddin supaya meminta maaf dan menarik balik perkataan 'kok' yang ditujukan kepada Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dan penghinaan terhadap anggota parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Khalid sedia meminta maaf kepada Tajuddin namun Tajuddin menolak cadangan tersebut.

Prosiding hari ini adalah bagi perbicaraan penuh kes saman berhubung dakwaan Tajuddin bahawa Khalid memanggilnya dengan istilah "sial" pada dua sidang media di lobi Parlimen pada 21 dan 24 November 2016.

Istilah sial berkenaan diucapkan Khalid dalam Dewan Rakyat selepas Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) satu-satunya ahli parlimen wanita yang mempunyai 'Kok'.

Khalid turut mendakwa Tajuddin turut menghina anggota parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Susulan itu, Tajuddin mencabar Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam supaya mengulangi perkataan "sial" di luar Dewan Rakyat kepadanya.

Perbicaraan akan bersambung pada Mei untuk pemeriksaan balas terhadap Tajuddin oleh Sankara.

Recommended