GoJek : Penunggang lelaki tidak boleh bawa penumpang perempuan - Mufti

  • 5 years ago
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, penunggang lelaki, maka penumpangnya wajib lelaki dan begitu juga bagi jantina sebaliknya.

Itu antara perkara wajar dijadikan peraturan untuk perkhidmatan Gojek menurut Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata demikian menerusi video Bayyan Linnas-Pelaksanaan Gojek yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Katanya ia bagi menjaga batas aurat antara lelaki dan perempuan Muslim.

Mufti menambah beliau akan cuba mengikuti rapat isu berkenaan dengan lebih baik serta memahaminya daripada semua pihak supaya selaras dengan kehendak semasa, agama dan syariah.