Kita tunggu laporan lengkap, saya akan teliti kes pencerobohan data penumpang
  • 5 years ago
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata beliau sedang menunggu laporan lengkap berhubung kes pencerobohan data penumpang membabitkan anak syarikat penerbangan Lion Air termasuk Malindo Air.

Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai pencerobohan data penumpang itu.

“Maklumat berkenaan ada dalam pengetahuan kita dan saya telah minta satu laporan lengkap diberikan kepada saya.

“Saya akan tunggu laporan berkenaan sebelum membuat sebarang komen. Adalah penting untuk saya meneliti semua fakta sebelum membuat satu kenyataan berkenaan perkara itu khususnya dalam keadaan di mana perkara terbabit dalam siasatan sekarang," katanya di Putrajaya, hari ini.

Gobind ditanya media mengenai laporan berlakunya pencerobohan data besar-besaran sejak bulan lalu membabitkan syarikat penerbangan itu.
Recommended