Naik taraf pangkalan feri- Pulau Pinang tunggu laporan penuh MOT
  • 4 years ago
Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu laporan penuh daripada Kementerian Pengangkutan berkenaan isu naik taraf pangkalan feri di Pengkalan Raja Uda.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chan Kon Yeow turut menyuarakan dalam mesyuarat bersama kementerian itu supaya feri baru yang akan diterima nanti mampu menampung kenderaan dan penumpang seperti feri sedia ada.