Hasil desakan piket, Utusan dapat suntikan dari UMNO -NUJ

  • 5 years ago
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendedahkan pendahuluan gaji minimum RM2,000 yang diterima setiap seorang kakitangan Utusan Melayu Berhad malam ini adalah hasil suntikan Umno.

Pengerusi Mohd Taufek Razak berkata Umno bersetuju untuk menyalurkan RM1.6 juta dalam pertemuan antara ahli lembaga pengarah syarikat dan presiden parti Melayu itu, Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Ia adalah hasil desakan dari piket yang kita adakan semalam.

Ahmad Zahid adakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Utusan. Kami lega dengan keputusan itu dan akan tetap bersama dengan syarikat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Utusan semalam.

Pekililing syarikat itu memaklumkan bayaran akan dikreditkan ke akaun kakitangan selewat-lewatnya semalam.

Recommended