Bangunan Utusan tiada CF, kesukaran untuk jual aset - Presiden NUJ Utusan

  • 5 years ago
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berdepan risiko penutupan operasi sekiranya gagal menjual aset dalam tempoh beberapa minggu ini.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak berkata, hasil perbincangan dengan pengurusan tertinggi syarikat akhbar itu memaklumkan jika aset-aset milik Utusan tidak terjual dalam tempoh terdekat ini, tidak ada jalan lain selain menutup operasi Utusan Malaysia.

"Pagi tadi kami (NUJ) bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Utusan Malaysia, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir di Jabatan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia, menurutnya mereka akan menutup operasi Utusan, kerana tidak mahu lagi menanggung beban.

"Mereka (pengurusan) buat keputusan, Utusan memang tak ada duit untuk bayar gaji, gaji tertunggak dan gaji masa depan. Mereka tiada wang dan gagal lupuskan aset Utusan yang ada," katanya pada sidang media selepas piket di pekarangan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd Taufek yang juga Pengerusi NUJ Cawangan Utusan Melayu turut memberitahu, aset Utusan tidak boleh dijual kerana kebanyakan bangunannya tidak ada Sijil Layak Menduduki (CF).

"Semasa UMNO memerintah, mereka tak ambil peduli, tapi bila UMNO- Barisan Nasional (BN) dah jatuh, nak jual aset tak boleh, kena kelulusan bomba dan bursa saham.

Tak boleh jual selagi CF tak boleh selesai.