AJK Bersatu Bagan Datuk lapor SPRM isu jual lembu korban
  • 5 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat tindakan tiga pemimpin Bersatu Bahagian Bagan Datuk kerana didakwa menjual lembu korban yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk setempat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

AJK Bersatu Bagan Datuk, Bahaman Tokiran mendakwa ketiga-tiga pemimpin bahagian itu telah menjual dua daripada tiga ekor lembu hasil sumbangan Menteri Besar Perak Faizal Azumu bagi membeli komputer riba dan mesin pencetak manakala hanya seekor sahaja diagihkan kepada masyarakat setempat.

Ketika ditanya mengapa baru membuat laporan SPRM meskipun perkara itu sudah berlaku setahun yang lalu, Bahaman berkata beliau sudah memberi peluang kepada pemimpin atasan untuk menyelesaikan masalah tersebut namun tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM pagi tadi.