'Azmin dan saya masih satu pasukan'
  • 5 years ago
Ketika pergolakan dalaman PKR dilihat memecahkan ahli parti itu kepada dua kem berasingan, presidennya, Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau dan timbalannya Mohamed Azmin Ali masih dalam "satu pasukan".

"Azmin adalah timbalan presiden. Kami perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara tetap.

"Ia adalah satu pasukan. Beliau (Azmin) mendapat mandat dalam pilihan raya parti (sebagai timbalan presiden)," kata Anwar dalam sidang akhbar di pemukiman PKR di Port Dickson pada Ahad.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada beliau akan bekerjasama dengan Azmin untuk menangani masalah dalam parti bagi mengukuhkan PKR.
Iklan

Pemukiman PKR diadakan di Port Dickson bermula jumaat lalu, dengan 120 daripada 140 wakil yang dipilih hadir.