Saya tak iktiraf dua kem Anwar dan Azmin!

  • 4 years ago
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tiada perpecahan berlaku dalam parti, sehingga mewujudkan puak menyokong pemimpin tertentu.

"Tiada istilah dua kem, perbezaan pendapat... bagi saya tiada salahnya, tetapi mesti ada satu haluan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Beliau ditanya seolah-olah wujud kem tertentu dalam parti berusia 20 tahun itu sejak akhir-akhir ini.