Lagi NGO lapor polis terhadap Azmin
  • 5 years ago
NGO Gabungan Belia Wangsa Maju telah membuat satu laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat kes video seks sejenis yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dengan Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang tular di media sosial.

Jurucakapnya, Mohd Ali Shariff berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.

Pada 12 Jun lalu, Haziq Abdullah menggemparkan pentas politik apabila tampil mengaku dirinya adalah individu dalam klip video seks sejenis yang tular.

Haziq juga mendakwa Azmin merupakan individu bersamanya dalam klip video itu.

Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.