Terlalu banyak isu dalam setahun era Malaysia baharu
  • 5 years ago
PAS menyenaraikan beberapa kepincangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang mentadbir negara termasuk isu kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Impian untuk perubahan lebih baik bertukar kepada perubahan yang lebih pincang di bawah pentadbiran kerajaan PH.

“Terlalu banyak isu dalam setahun lebih era Malaysia baharu.

Kita dapat lihat isu melibatkan institusi agama, institusi Raja-Raja Melayu di samping keadilan dan tuntutan yg tiada keputusan dalam kes kematian Muhammad Adib yang tiada pembelaan,” katanya dalam ucaptama sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama Ke-58 di Wisma Belia di sini hari ini.