Kes gangguan seksual MP, PKR tunggu hasil siasatan polis

  • 5 years ago
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada Ahad turut membincangkan kedudukan Anggota Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang juga bekas pembantunya.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu mengambil serius dakwaan tersebut dan meminta polis meneruskan siasatan terhadap kes itu.

"Kami akan tunggu hasil siasatan untuk bertindak selanjutnya sekiranya wajar," katanya.

Baru-baru ini, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa beliau menjadi mangsa gangguan seksual Kesavan, namun anggota parlimen itu turut membuat laporan polis dengan mendakwa wanita tersebut sering mengganggunya.

Kredit video: Parti Keadilan Rakyat

Recommended