RUU Gangguan Seksual dibentang tahun ini - Wan Azizah

  • 4 years ago
Kerajaan sedang melaksanakan proses penggubalan rangka perudangan untuk menangani diskriminasi berasaskan gender.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail, sebanyak 16 sesi libat urus oleh satu pasukan khas telah diadakan dan membabitkan pelbagai pihak.

Katanya lagi, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sedang menumpukan kepada proses penggubalan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual yang akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Beliau ditemui media selepas melancarkan majlis perasmian Hari Keselamatan Internet 2020 - Edisi Malaysia dan Forum ‘Memupuk Fasih Digital Di Era Millenia’ di Putrajaya.