Sabarlah 'kluster mahkamah', selesaikan dulu kes - MP PKR
  • 2 years ago
Pemimpin politik khususnya yang tergolong dalam kluster mahkamah perlu bersabar dan bukan berterusan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hal itu kerana kerajaan ketika ini mempunyai banyak perkara dan permasalahan rakyat yang perlu diselesaikan.