Sultan Brunei pulangkan ijazah Oxford

  • 5 years ago
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan ijazah kehormat dari Universiti Oxford di Britain selepas mendapat kritikan seluruh dunia diketuai selebriti termasuk George Clooney dan Elton John kerana mencadangkan hukuman mati kepada pesalah gay dan zina.


Hampir 120,000 orang menandatangani petisyen pada April menggesa Universiti Oxford membatalkan penganugerahan ijazah kehormat undang-undang yang diberikan kepada sultan itu pada 1993, pemerintah monarki kedua paling lama di dunia yang juga perdana menteri kepada negara yang kaya hasil minyak.

Universiti Oxford berkata sultan itu memutuskan menyerahkan semula ijazah kehormat tersebut pada 6 Mei, sementara ia meneliti semula keputusan penganugerahannya.