Anwar terima ijazah doktor kehormat

  • 6 years ago
Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima doktor kehormatan DR Honoris Causa (DR HC), penganugerahan tertinggi Universiti Negeri Padang (UNP), Indonesia untuk tokoh yang dinilai berjasa dalam bidang politik pendidikan hari ini.

Penganugerahan DR HC itu sebelum ini hanya pernah diberikan kepada Presiden Indonesia kelima, Megawati Soekarnoputeri, yang dilihat banyak berjasa dalam dunia politik pendidikan Indonesia, pada 27 September 2017.

Anwar dalam ucapannya, menerima baik anugerah itu tanda persahabatan yang akan dikekalkan.