Saya tak sampai ke tahap Trump lagi - Dr M

  • 5 years ago
Selepas setahun mentadbir negara sebagai perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad enggan meletakkan penilaian terhadap pencapaiannya berkata penghargaan perlu datang daripada orang ramai.

Bagaimanapun, beliau berkata masih sampai ke tahap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan para pemimpin lain di negara Eropah.

"Saya masih rasa kuat walaupun usia sudah mencapai 93 tahun, tidak ramai orang berusia 93 tahun masih dapat lagi berfikir.

"Saya masih berupaya menjawab soalan nakal (dari media).

"Setakat yang saya tahu, saya tidak fikir saya sampai ke tahap Trump, saya tidak fikir saya sampai ke tahap pemimpin Inggeris atau pemimpin Perancis yang perlu menghadapi (gerakan protes) Baju Kuning dan pemimpin Sepanyol yang perlu menangani tuntutan pemisahan wilayah," katanya pada wawancara khas bersama media di Putrajaya pada 6 Mei lalu sempena ulang tahun pertama pentadbiran PH.

Recommended