'Ini medan tempur antara PH dan Umno-PAS'

  • 5 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) Sabtu ini di Sandakan sebagai medan pertempuran antara PH dan pakatan Umno-PAS.

"Apa itu PBS? Ini medan perang antara PH dan BN, dengan parti-parti utama Umno dan PAS," kata Anwar kepada orang ramai dalam ceramah di Bandar Prima malam tadi.

"Anda di Sandakan perlu membuat keputusan sama ada anda mahu negara ini menjaga orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan, atau hanya Melayu sahaja," tambahnya.

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan PH menyasarkan untuk melaksanakan dasar berasaskan keperluan tanpa mengira bangsa.

Kira-kira 1,500 hadir program ceramah semalam, dengan kebanyakannya orang Cina, sekali gus menjadikan ceramah itu paling ramai dalam kempen PRK Sandakan.

PBS meletakkan naib presidennya Linda Tsen bagi berdepan calon DAP, Vivian Wong dalam pilihan raya kecil Sandakan, yang diadakan selepas kematian bapa Wong yang merupakan penyandang ahli parlimen itu, Stephen Wong.

Beberapa parti pembangkang lain memberi sokongan kepada PBS dalam pilihan raya kecil ini, termasuk Umno Sabah, PAS, Usno dan Star.

Hari pengundian ditetapkan pada 11 Mei.

Recommended